Wednesday 14 March 2012

Matthias Sammer, Dynamo Dresden, Penggabungan Semula Jerman dan Implikasi Ideologinya

Rashidee Shukri's profile photo 

Penulis: Rashidee Shukri


Pemain-pemain bola sepak mempunyai mindset yang sama. Mereka impikan kemasyhuran dan maruah yang tinggi di samping berkhidmat untuk nusa dan bangsa di dalam sukan kegilaan ramai ini.

Tetapi, bukan semua pemain ada peluang yang tinggi di dalam kerjaya sukan. Faktor yang merencatkan peluang mereka adalah dari kekangan birokrasi (kalau di Malaysia kita ada contoh seperti FAM), fahaman sesebuah negara/persatuan/kelab, dan juga yang paling ketara, sokongan penonton. Dalam sukan, selalunya semua ini berkait rapat dan berantai-rantai. Kalau satu faktor tidak dikawal dengan rapi, ia akan merebak kepada yang lain, sekaligus membantutkan impian insan-insan yang hendak digelar sebagai ahli sukan.

Entri baru aku ni mengisahkan tentang dua buah negara yang bersatu, dan seorang bakat besar di dalam negara komunis yang telah mengubah nasib beliau kerana diberikan peluang secara positif.

Di Eropah, terdapat sebuah industrial district yang dikenali sebagai Dresden. Seorang rakyat Jerman yang bernama Matthias Sammer dilahirkan dan membesar dengan menyokong kelab kawasan beliau iaitu Dynamo Dresden dan juga negara beliau. Dan seperti kanak-kanak yang lain, beliau mengimpikan untuk bermain untuk negara yang tercinta. Berjiwa patriotik dan menyemat semangat kental Anglo-Saxony di dalam diri, Sammer membesar dengan permainan bola sepak.
image.jpeg

Sammer pada zaman baru akil baligh.

Sebagai satu negara yang pro-komunis, GDR (German Democratic Republic) atau nama lainnya, East Germany, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan, selain dari mengikut telunjuk. Mereka tiada hak untuk bersuara dan membuatkan kerajaan berfikir sejenak. Ekonomi dan pentadbiran sesebuah negara Soviet Union juga ada pasang surutnya yang ketara. Kita ambil contoh semasa pemerintahan Joseph Stalin, USSR (Rusia pada masa kini) boleh dikatakan sebagai negara penyaing USA dalam segi import/eksport, kadar mata wang dan pembangunan. Tetapi, selepas Stalin mati dan digantikan dengan Nikita Khrushchev, USSR semakin hilang kuasa dan kebanyakan negara naungan juga menuntut kemerdekaan secara demokrasi.

Seperti juga Rusia pada zaman pasca Red October, GDR bermula dengan baik. Ekonomi dan peluang pekerjaan tampak menyaingi West Germany yang berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa. Tetapi apabila West Germany bangkit dari kekalahan Perang Dunia Kedua dengan pembangunan sebagai sebuah negara industri, dan juga kelemahan Soviet Union di dalam penjagaan negara-negara naungannya, GDR seakan-akan hilang arah. Ekonomi merundum, pengangguran meningkat dan banyak penduduk-penduduk lari ke West Germany.

image.jpeg

Pemandangan biasa GDR. Patutlah rakyat nak memberontak.

Tetapi mujurlah, bola sepak tetap makmur di bumi komunis ini. Kuasa penonton tetap ada, dan Dynamo Dresden muncul di antara salah satu kuasa yang agak disegani di Eropah. Mungkin kalau nak diikutkan pada rekod, ia tidaklah sehebat kelab-kelab seperti Bayern Munich, Juventus dan Liverpool pada masa tu. Tetapi, untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir sebanyak lapan kali di pentas Eropah bukanlah satu kerja yang mudah. Lebih daripada itu, mereka juga pernah melayakkan diri di peringkat separuh akhir European Cup (menentang kelab seteru West Germany mereka, Stuttgart) pada tahun 1989.

Mungkin inilah yang mendorong anak muda Dresden seperti Sammer untuk bermain bola sepak. Memulakan karier mudanya bersama Dynamo Dresden pada umur lima tahun (pada tahun 1975), beliau telah dididik oleh bapa sendiri yang juga seorang pengurus di sana. Dan sebagai sebuah kelab di bawah negara komunis, besar kemungkinan juga kanak-kanak seperti Sammer dilatih untuk berfikir dan bertindak dengan cara komunis.

Tetapi, dalam kes seperti bermain dengan negara ini, Sammer tampak seperti tiada pilihan. Pengurusan yang lemah membuatkan pemain-pemain East Germany hanya beraksi suam-suam kuku di arena antarabangsa. GDR hanya pernah melayakkan diri di peringkat Piala Dunia pada tahun 1974 dan tidak pernah sekalipun bermain di EURO. Mungkin kita boleh menyangkal fakta ini dengan mengatakan bahawa GDR pernah juga memenangi emas pada Sukan Olimpik 1976 di Kanada, tetapi ingat, bola sepak tidak pernah mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat Olimpik sehingga revival secara promosi pada tahun 1980.

Dan memandangkan Sammer hanya memulakan karier bola sepak seniornya pada tahun 1985, dalam tahun-tahun kejatuhan Soviet Union, bola sepak GDR tidak menampakkan butir-butir hasil. Walaupun kariernya bersama Dynamo Dresden makmur, beliau inginkan perasaan bangga menyarung jersi kebangsaan negara beliau di peringkat yang tertinggi, tetapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Kadang-kadang beliau dibayangi perasaan iri hati terhadap negara jiran, yang begitu maju dan berjaya dalam sukan bola sepak Sudah tentunya beliau ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan idola-idola West Germany seperti Franz Beckenbauer, Karl-Heinz Rummenigge, dan Gerd Muller. Percaya atau tidak, Sammer tidak pernah sekalipun mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi ke arah West Germany, walaupun bernaung di bawah Soviet Union.

image.jpeg

Gerd Muller: Der Deutscher Meister

Manakala, di West Germany pula, sentimen rakyat untuk penyatuan kedua-dua Germany di bawah satu bendera mula didengarkan. Sudah tiba masanya adik-beradik yang berbalah dari segi ideologi politik bergabung kembali untuk kebaikan bersama. Mereka belajar untuk membuang sikap mengkepala-banakan sesama sendiri demi kepentingan kaum Anglo-Saxon sejagat. Maka dengan itu, Berlin Wall, Iron Curtain yang telah memisahkan kedua-dua Germany itu dirobohkan pada tahun 1989.

Dari segi polisi pula, ia dibahagikan sama rata di antara kedua-dua Germany. Sentimen komunis perlahan-lahan dilupakan. West Germany yang lebih republik dan demokratik tidak bersikap judgemental, sebaliknya lebih bersikap tolong-menolong antara satu sama lain, walaupun sehodoh-hodoh mana imej yang agen Stasi cuba berikan kepada rakyat East Germany. Begitu juga dengan senario bola sepak Germany. Oberliga diintegrasikan ke dalam Bundesliga dan selaku antara lima kelab East Germany yang terbaik, Dynamo Dresden dapat bermain di divisyen yang pertama.

Bertitik tolak dari sini, Matthias Sammer tidak berpatah balik. Bagi beliau, ini adalah satu petanda baik untuk beliau meneruskan khidmat pada nusa bangsa. Dan terbukti juga pihak berkanun bola sepak Germany lebih terbuka untuk memberikan peluang kepada anak muda ini bersinar. Menolak segala sentimen komunis yang mungkin mereka hadapi. Beliau mendapat tempat di dalam skuad penggabungan Germany. Selain itu, karier Sammer turut mendapat perhatian dari pihak antarabangsa, dan beliau pernah bermain bersama Inter Milan selama satu musim sebelum kembali ke tanah air untuk bersama dengan Borrusia Dortmund.

Sepanjang naungan Germany bersatu yang baru, tidak pernah sesekali pun Germany menoleh ke belakang. Mereka tidak pernah mengungkit kisah-kisah komunis autokratik mereka yang lama dan bergerak jauh ke depan. Kini, Dresden telah diiktiraf sebagai daerah industri, menghasilkan banyak produk-produk kejuruteraan berat. Sungguhpun Dynamo Dresden bermain di 2.Bundesliga sekarang, ia mengalami peningkatan dari segi revenue, dan tidak mustahil juga akan kembali menjadi kuasa besar di Germany jika ini berterusan. Begitu juga dengan Sammer yang terus menjawat jawatan tinggi di dalam senario bola sepak Germany, yang mana beliau sekarang adalah penasihat teknikal di dalam pasukan Germany sekarang.

image.jpeg

Dresden ni kalau ada rezeki boleh jadi tempat first night aku ni.

Dari sini kita nampak bahawa bagaimana sikap yang positif boleh mengubah lanskap kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Kita selalu digambarkan bahawa negara-negara naungan Soviet yang lebih bersikap agresif dan autokratik, dan bagaimana East Germany boleh meninggalkan sikap itu demi kepentingan bersama. Situasi ini entah bagaimana tidak boleh diterjemahkan kepada realiti di Korea Utara dan Selatan.

Dan merujuk kepada situasi bola sepak di Malaysia pula, kita selalu lupa bahawa yang dihantar bermain di negara luar adalah pemain negara kita sendiri. Rakyat kita. Kawan-kawan senegara kita. Tidak kisahlah walau seteruk mana FAM dan Sultan Bola sekalipun, ini tidak boleh dijadikan sebagai lesen untuk kita membangangkan umat negara kita sendiri, macam kita ni maksum sangat. Seperti juga West Germany, yang tampak lebih maju dari counterpart timur mereka, tidak membangangkan umat East Germany yang cuba merangkak-rangkak untuk membiasakan diri di bawah dunia yang baru.

Kritikan itu memang perlu, tetapi perlunya di dalam konteks yang berasas. Kritikan dari segi taktikal. Kritikan dari segi pemilihan pemain. Membangangkan orang bukan kritikan.

Kalau kita berdiri di tempat mereka dan dibangangkan sebegitu, apa yang kita rasa? Marah kan? Yang pasti kita tak terkinja-kinja melompat macam sambut hari raya. Membangangkan umat tu dah macam meletakkan kita di tahap yang lagi pandai dari mereka, walhal kita main bola pun tak hebat. Kita selalu terlepas pandang bahawa kita kena belajar untuk tidak membuka pekung orang dan memberikan peluang kepada orang seperti Matthias Sammer yang datang dari latar belakang yang tak seberapa. Sama juga dengan Harimau Malaya. Celaka apa nak mengharapkan negara yang berposisi 150 lebih dunia untuk bermain cantik macam Brazil.

Aku tak mengharapkan nukilan ini didengari tapi kepada yang akan terbaca, dan rasa-rasa perangai membangangkan kawan-kawan senegara secara terbuka ni melekat lagi pada diri, tolonglah berubah.

image.jpeg

Kadang-kadang mereka yang dikatakan bodoh ni lebih celik sebenarnya.

14 comments:

  1. aku ingat psl liverpool jer..

    ReplyDelete
  2. point dia taknak kena bangang je.

    ReplyDelete
  3. susah btol nak hadam.. mungkin terlampau byk sgt sejarah

    ReplyDelete
  4. aku ingat pasal bilbao jer..

    ReplyDelete
  5. Gua rasa nak kutuk artikel ni tapi writer dh bg amaran jgn bangangkan rakan senegara pulak terus gua tak jadi nk kutuk

    ReplyDelete
  6. ni artikel ke novel? dem it! da kate da,..

    ReplyDelete
  7. kah kah kah. woih, kutuk je la. gua tak kisah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pon skt ati baca kan? kah3! aku skimming je artikel nie.. keh3..cikgu BI aku ajo..;-p

      Delete
  8. panjang sangat la rashid. Kalo rajin gua baca la ye. Ni kes taknak kalah ngan luci la ni ye...kehkehkeh

    ReplyDelete
  9. gua termasukkan banyak sangat sejarah pulak. nanti entri lain gua cuba kompakkan info.

    lagipun ni entri lima bulan lepas. gua tengah progress dengan yang baru.

    ReplyDelete